Train to Dabong Gunung Stong


Train to Dabong&Hiking Ke Kem Baha Gunung Stong











Murah!Mudah!Mencabar dan Memuaskan!

Sesuai untuk kaki2 jalan yang nak cari percutian santai, relaks dan menyenangkan maka pilihan terbaik adalah Jelawang Pipe Resort & Extreme Park.



Step 1

Dua pilihan samada menaiki keretapi "The Jungle Train" atau memandu kenderaan dari destinasi masing2.

Bagi yang memilih "The Jungle Train" tiket boleh dibeli di stesyen keretapi berdekatan dan harga one way tiket hanya rm5 sahaja bagi dewasa dari stesyen keretapi Wakaf Bharu ke Dabong. Perjalanan mengambil masa 2 jam 30 minit. 

Bagi yang berkenderaan sendiri sekiranya dari Kota Bharu adalah 2 jam memandu. Gunalah Google Maps atau Waze atau apa2 apps yang sesuai. Lokasinya ialah Jelawang Pipe Resort&Extreme Park. 



Step 2

Tempahan di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park perlu dibuat seminggu awal bagi mengelakkan kesesakkan penginapan. 

Pilihan penginapan samada bilik pipe seperti gambar di bawah atau chalet.



Step 3

Pilih la aktiviti yang sesuai untuk anda lakukan bersama keluarga atau rakan 
atau solo traveller pun ada aktiviti yang menenangkan. 



Step 4

Antara pilihan aktiviti santai adalah mandi sungai dan bbq. 


Atau aktiviti lasak hiking ke kem baha dalam masa 1 jam  dan banyak lagi sebenarnya.
 



Untuk maklumat lanjut, sila klik no whatsapp di atas bagi pertanyaan dan tempahan di Jelawang Pipe Resort & Extreme Park

Selamat berekreasi bersama keluarga dan teman tersayang. Adios Amigos! !

Comments